1 Minggu 1 Istilah | Nusyuz #07
- Ustazah Salina
- 00:12:38
Menjelaskan mengenai istilah nusyuz.Sedikit perkongsian mengenai jenis-jenis nusyuz dan cara-cara menegur perbuatan nusyuz.
Nusyuz dari sudut bahasa berasal dari perkataan nasyz (نشز) bermaksud tempat tinggi. Definisi nusyuz dari sudut istilah syarak, kebiasaannya disifatkan kepada isteri, yang mana dia telah berkelakuan meninggi diri kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan kepada suami yang diwajibkan oleh Allah SWT.
Dari segi istilah, pelbagai definisi telah diberikan oleh para ulama. Definisi nusyuz menurut Imam Syirazi; isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap suami.
Secara mudahnya, boleh kita fahami bahawa nusyuz itu berlaku apabila isteri atau suami mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap satu sama lain dengan perbuatan-perbuatan tertentu.
Thumbnail: 1 Minggu 1 Istilah | Nusyuz #07