Putu Mayam | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Putu Mayam di: http://www.icookasia.com

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
2 ½ cawan air panas
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Gula merah dan Kelapa parut segar

Cara membuat

1. Mula-mula, masukkan sedikit garam ke dalam tepung beras, kacau rata dan kukus di dalam periuk pengukus selama 10 minit.

2. Selepas itu, masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Kacau rata menggunakan senduk sehingga adunan menjadi lembut dan nampak basah tetapi tidak melekit apabila disentuh tangan.

3. Kemudian masukkan sedikit doh ke dalam acuan putu mayam dan terapkan perlahan lahan di atas daun pisang. Kukus selama 8-10 minit di dalam periuk pengukus. Untuk mendapat bau yang lebih harum dan wangi masukkan dua helai daun pandan ke dalam air kukusan.

4. Putu mayam sedia untuk dihidangkan bersama kelapa parut segar dan gula merah. Ia juga enak dihidangkan bersama gulai ayam. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Putu Mayam | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: