CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

Menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek:
1. Struktur Organisasi
2. Kawalan Pengurusan
3. Politik dan Perundangan
4. Ekonomi
5. Sosiobudaya

Terdapat beberapa jenis struktur organisasi yang boleh digunakan oleh syarikat multinasional seperti:

1. Struktur Organisasi mengikut Fungsian/ Jabatan
2. Struktur Organisasi mengikut Produk/ Keluaran
3. Struktur Orgaisasi mengikut Geografi/ Kawasan
4. Struktur Organisasi mengikut Pelanggan/ Pengguna
5. Struktur Organisasi mengikut Matriks

Pemilihan struktur organisasi bergantung kepada persekitaran perniagaan, sasaran pasaran, produk yang dihasilkan dan aspek-aspek penting yang lain

Pihak pengurusan perlu memilih struktur organisasi yang sesuai dengan jenis dan tujuan perniagaan supaya aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan

Dari aspek kawalan pengurusan, kedudukan syarikat yang terlettak jauh dari syarikat induk akan menyukarkan kawalan dilakukan

Pihak pengurusan perlu memilih sama ada untuk melakukan kawalan berpusat atau pun kawalan secara berasingan

Faktor politik dan perundangan turut diambil kira dalam pelaksanaan syarikat multinasional

Sistem pasaran, risiko politik seperti pemiliknegaraan, sekatan penghantaran balik tunai dan dividen perlu diberi perhatian

Pergolakan politik, kerajaan yang memerintah, perbezaan fahaman antara parti politik, perebutan kuasa dan kadar cukai yang dikenakan akan memberikan kesan kepada syarikat multinasional

Dari segi ekonomi, sistem ekonomi yang digunakan, keadaan ekonomi, pendapatan per kapita penduduk turut mempengaruhi perkembangan syarikat multinasional

Dari aspek sosiobudaya pula, sikap dan kepercayaan, adat resam, agama dan bahasa yang digunakan serta menjadi pegangan masyarakat perlu diambil kira

Semua faktor ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada organisasi perniagaan dan akan mementukan perkembangan perniagaan tersebut

Video thumbnail

Thumbnail: CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

Cg Suri

Senarai Video

Kongsi video ini ke: