Resepi Lauk Ayam Kicap Lada Hitam | Black Pepper Soy Chicken Recipe | Seismik Makan

Menggunakan bajet yang rendah dan masa yang singkat, hasilkan resipi lauk Ayam Kicap Lada Hitam ringkas ini menggunakan bahan-bahan asas yang selalunya boleh didapati di dalam dapur anda.

Resipi ini khas untuk sesiapa yang sentiasa kesuntukan masa. Terutamanya para ibu bapa yang sedang bekerja dan juga orang muda yang masih sedang belajar.

---

RESIPI PENUH

Bahan-bahan
- 2 sudu besar minyak
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 200 gram isi paha ayam
- 2 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar air
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 cawan lada benggala campuran

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan bawang kuning. Gorengkan sehingga naik bau dan bawang menjadi sedikit lut sinar.
2. Masukkan lada hitam, kicap cair, sos tiram dan air. Renehkan seketika.
3. Masukkan isi paha ayam dan masak selama 6 minit atau sehingga kesemua isi ayam sudahpun masak.
4. Masukkan lada benggala campuran dan renehkan seketika.
5. Lauk simple Ayam Kicap Lada Hitam sudahpun siap untuk dinikmati!

---

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Sarah Mokthar
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

---

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Lauk Ayam Kicap Lada Hitam | Black Pepper Soy Chicken Recipe | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: