Asam Pedas Berempah l Dapur Rasa Live Bersama Che ila

ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Halia - sebesar ibu jari*
Kunyit - sebesar ibu jari*
Belacan*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh lada hitam*
Belacan*
Cili Kering - Direndam *

Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.

2 batang serai-dititik
2 keping Asam keping
1/2 sudu teh halba
Daun kesum secukupnya
Daun limau purut 2-3 helai
1 ekor ikan tenggiri (boleh tukar dengan ikan kesukaan anda)
Bendi

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar & serai dititik.
3. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak. Masukkan asam keping dan sedikit air. Terpulang ikut banyak mana air.
5. Renihkan seketika dan masukkan sayur bendi.
6. Kemudian masukkan pula daun kesum & daun limau purut.
7. Bila bendi sudah separuh masak masukkan ikan, garam & serbuk perasa. Renehkan sehingga ikan masak.

Video thumbnail

Thumbnail: Asam Pedas Berempah l Dapur Rasa Live Bersama Che ila

Majalah Rasa

Senarai Video

Kongsi video ini ke: