Victoria Sandwich Cake | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Victoria sandwich cake di: http://www.icookasia.com/biskut-cornflakes-coklat/

Bahan untuk Strawberry Compote

400g Gula
500g Buah Strawberry
1 biji Jus Lemon
50ml air

Bahan untuk kek

250g Butter
250g Gula aising
½ sudu kecil vanilla essence
4biji Telur
250g Tepung Naik Sendiri (diayak)

Bahan untuk cream dan hiasan

175ml Krim segar
Gula Aising (untuk dusting) secukupnya
150gm Buah Strawberry (dipotong 2)

Cara membuat

1. Untuk menyediakan strawberry compote: Mula-mula masak buah strawberry bersama gula, jus lemon dan air di dalam periuk sehingga buah separuh hancur dan pekat lebih kurang 2 jam dengan api perlahan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

2. Untuk menyediakan kek: mula-mula pukul butter, gula dan esen vanilla sehingga kembang dan putih lebih kurang 20 minit. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati.

3. Setelah itu, masukkan tepung naik sendiri dan kacau sehingga sebati dan rata.

4. Tuang ke dalam 2 loyang bulat 8 inci yang telah dilapik dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 150-160celcius sehingga masak lebih kurang 30-35 minit. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum di sapu cream dan strawberry compote.

5. Untuk menyediakan krim, putar krim segar sehingga gebu dan kembang

6. Setelah itu, sapukan krim di atas kek diikuti dengan strawberry compote.

7. Selepas itu, lapiskan dengan 1 kek lagi, dan sapukan krim bersama strawberry compote diatasnya. Susunkan buah strawberry yang telah dibelah dua diatasnya sebagai hiasan

8. Akhir sekali taburkan gula aising dan Victoria sandwich cake sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Victoria Sandwich Cake | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: