( Versi Mudah ) MAKSUD SIRATAN MAKANAN sains tahun 5
- Akhyar Arzmi
- 00:06:27
Klik Link Soalan Uji Minda : https://forms.gle/JK2EWNcjRUraSw786
3.0 HAIWAN
3.3 Hubungan Makanan antara Hidupan
3.3.4 Menyatakan maksud siratan makanan.
3.3.5 Membina siratan makanan di pelbagai habitat.
Siratan makanan adalah merupakan gabungan daripada beberapa rantai makanan. Manakala rantai makanan pula adalah satu aturan yang terdiri daripada hubungan antaran pengeluar, pengguna dan juga pengurai.
Siratan Makanan
Siratan Makanan ialah gabungan daripada beberapa rantai makanan.
Rantai Makanan
Rantai makanan pula ialah terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai
Rantai makanan pula ialah terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai
Pengeluar
Pengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis
Pengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis
Pengguna
Pengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu Pengguna Primer, Pengguna Sekunder dan Pengguna Tertier.
Pengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu Pengguna Primer, Pengguna Sekunder dan Pengguna Tertier.
a) Pengguna Primer
Pengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahaja
b) Pengguna Sekunder
Pengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primer
c) Pengguna Tertier
Pengguna tertier ialah pengguna yang memakan pengguna sekunder
Pengurai
Pengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.
Matahari, Pengeluar, dan Pengguna
Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.
Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.
Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
Hervivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.
(I) Siratan Makanan
Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
Contoh habitat: Kolam, tasik, laut, sawah padi, ladang kelapa sawit, hutan.
Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.
sains sains #sainstahun5 #sainshayat #akhyararzmi
#videopembelajaransains
Thumbnail: ( Versi Mudah ) MAKSUD SIRATAN MAKANAN sains tahun 5