Homemade Iced Gems | SAYS Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:02:04
Ingat lagi tak biskut iced gems ni? Inilah resepi simple & murah untuk hasilkan versi yang lebih sedap di rumah. Sekali cuba, pasti nak lagi!
Bahan-bahan biskut:
✅ 20 gram gula kastor
✅ 40 gram mentega (unsalted)
✅ Secubit garam
✅ 1 sudu kecil esen vanila
✅ 100 gram tepung serbaguna
✅ 1/2 sudu kecil serbuk penaik
✅ 1 1/2 sudu kecil susu penuh lemak
Bahan-bahan aising (boleh digunakan untuk menghias 2x resepi biskut di atas):
✅ 3 putih telur besar (pasturised)
✅ 500 gram gula aising
Cara:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan 20 gram gula kastor dan 40 gram mentega (unsalted). Pukul sehingga tekstur menjadi berkrim.
2. Masukkan secubit garam dan 1 sudu kecil esen vanila. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan 100 gram tepung serbaguna dan 1/2 sudu kecil serbuk penaik yang sudah diayak. Gaul sehingga sebati.
4. Uli sehingga menjadi doh. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 20 minit.
5. Menggunakan rolling pin, leperkan doh sehingga menjadi tebal 1/4 inci.
6. Bentukkan doh menggunakan acuan bersaiz 2 cm.
7. Bakar pada suhu 180° selama 10-15 minit, ataupun sehingga warna biskut bertukar menjadi keperangan. Sejukkan biskut pada suhu bilik.
8. Untuk membuat aising pula, pukul 3 telur putih besar dengan 500 gram gula aising selama 7-8 minit ataupun sehingga mencapai tekstur 'soft-peak'.
9. Bahagikan royal icing kedalam 4-6 mangkuk dan warnakan aising menggunakan gel pewarna.
10. Gunakan piping bag yang dipasang muncung bunga kecil, picit aising ke atas biskut.
11. Rehatkan biskut semalaman pada suhu bilik.
Biskut Iced Gems Homemade sudahpun siap, enjoy!
Thumbnail: Homemade Iced Gems | SAYS Seismik Makan