Kuih Cara Manis | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Kuih Cara Manis di: http://www.icookasia.com/kuih-cara-manis/

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
5 helai daun pandan (dikisar dengan 2 cawan air)
½ cawan santan
2 biji telur ayam
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Gula pasir sebagai inti

Cara-cara

1. Mula-mula masukkan daun pandan bersama air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus dan tapiskan airnya.

2. Selepas itu masukkan tepung gandum, air pandan yang telah dikisar dan ditapis tadi, santan, telur dan garam ke dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan.

3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi ke dalam acuan dan tuangkan adunan. Setelah adunan agak kering atau separuh masak, letakkan sedikit gula sebagai inti dan tutup sebentar agar ia cepat masak.

4. Setelah masak, keluarkan kuih dari acuan dengan berhati-hati dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kuih Cara Manis | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: