Cakoi | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:51
Dapatkan resipi penuh Cakoi di: http://www.icookasia.com/cakoi/
Bahan-bahan:
1 cawan air suam
1 sudu kecil gula
¼ sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
1 biji telur
2 sudu besar besar minyak jagung
3 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuat
1. Mula-mula masukkan air, yis dan gula. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan garam, telur dan minyak jagung, kacau rata selama1 minit. Setelah itu masukkan tepung gandum secawan demi secawan sambil dikacau menggunakan tangan sehingga menjadi doh yang lembut. Uli adunan hingga menjadi doh yang nampak lembap tetapi tidak melekit di tangan.
3. Selepas itu, letakkan di dalam mangkuk, tutup dan biarkan ia mengembang dua kali ganda.
4. Setelah kembang, ambil sebahagian doh, leperkan setebal 2 cm, potong panjang sejengkal dan lebar lebih kurang 3 cm, potong hingga habis.
5.Ambil satu potongan doh, sapu sedikit air dengan menggunakan jari dan letakkan satu potongan doh lagi di atasnya, cantumkan, pegangkan keduanya dan tarikkan memanjang hampir sejengkal setengah.
6.Akhir sekali goreng di dalam minyak panas sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Cakoi sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Cakoi | Try Masak | iCookAsia