Resepi Nasi Goreng Ikan Masin | Salted Fish Fried Rice Recipe | SAYS Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:51
Resepi Nasi Goreng Ikan Masin mudah, sedap dan pasti meliurkan. Makan dengan telur mata goyang dan cili potong kicap memang cukup padu! 🤤
Bahan-bahan:
✅ 3-4 keping jeruk ikan tenggiri
✅ 1 biji bawang merah (dipotong kasar)
✅ 3 ulas bawang putih
✅ 4 biji cili padi
✅ 1 biji lobak merah (dihiris nipis)
✅ 3 biji telur (dipukul)
✅ 1 biji cili merah (dihiris nipis)
✅ 1 cawan kailan
✅ 3 cawan nasi putih
✅ 3 sudu besar sos ikan
✅ Lada putih secukup rasa
Cara:
1. Dalam satu kuali, panaskan minyak dan masukkan 3-4 keping jeruk ikan tenggiri. Goreng selama 1-2 minit dan keluarkan.
2. Dalam kuali yang sama, masukkan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 4 biji cili padi. Tumis sehingga wangi.
3. Masukkan 1 biji lobah merah yang telah dihiris. Goreng seketika.
4. Tolak kesemua isi ke tepi kuali. Masukkan 3 biji telur yang telah dipukul. Gorengkan telur sehingga masak dan kemudian, hancurkan telur.
5. Masukkan 1 biji cili merah yang telah dihiris dan jeruk ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga isi ikan telahpun hancur.
6. Masukkan 1 cawan sayur kailan. Masak sehingga daun kailan sudahpun kecut.
7. Masukkan 3 cawan nasi sejuk, 3 sudu besar sos ikan dan lada putih secukup rasa. Gaul sehingga rata.
Nasi goreng ikan masin sudahpun siap untuk dinikmati. Enjoy! 😋
------
Kredit
Muzik:
artlist.io
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Nasi Goreng Ikan Masin | Salted Fish Fried Rice Recipe | SAYS Seismik Makan