Resepi Otak Otak | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:04:50
Dapatkan resepi penuh Otak-otak di: http://www.icookasia.com/otak-otak/
Bahan-bahan (Hidangan untuk 30 keping):
300 gm ikan tenggiri
2 sudu besar santan pekat
1 biji telur ayam
1/4 cawan tepung ubi
garam &gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk menyediakan sambal:
3 sudu besar cili
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 biji buah keras
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai dihiris
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis
1/4 cawan air
Bahan-bahan yang diperlukan bagi membungkus:
Daun kelapa
Lidi
Cara-cara
1. Mula-mula masukkan bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili, air asam jawa dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
Kemudian tumis dgn minyak sehingga mendidih dan ketepikan seketika
2. Seterusnya, kisar isi ikan sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur,sedikit air,garam, gula serta bahan-bahan sambal. Gaul sebati.
3. Selepas itu, ambil satu sudu besar isi ikan masukkan ke dalam daun kelapa. Kemudian kepitkan dgn lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Langkah ini diulangi sehingga semua adunan habis.
4. Bakar di atas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak
5. Otak-otak sedia untuk dihidang. Ia boleh juga dimasukkan ke dalam petisejuk beku jika ingin disimpan lama. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Otak Otak | Try Masak | iCookAsia