SYAIR GEROBOK PUSAKA | BAHASA MELAYU SK TAHUN 4 TEMA 3 UNIT 11
- Chekgu LK
- 00:02:57
SYAIR GEROBOK PUSAKA | BAHASA MELAYU SK TAHUN 4 TEMA 3 UNIT 11
Bahasa Melayu Tahun 4 SK (Buku teks halaman 74)
Aktiviti : Melagukan syair dan menyampaikannya dengan gaya yang sesuai.
Irama syair : Irama Kiasan
Syair merupakan salah satu jenis puisi. Syair yang merupakan puisi berlagu ini merupakan sejenis puisi lama Melayu yang berangkap. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.
Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.
Ciri-ciri syair :
~ terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
~ syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.
~sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
~ bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.
Thumbnail: SYAIR GEROBOK PUSAKA | BAHASA MELAYU SK TAHUN 4 TEMA 3 UNIT 11