Tahap I (2022) | Bahasa Melayu (Tahun 2): Saya Anak Terpuji

Tajuk: Bahasa Melayu (Tahun 2): Saya Anak Terpuji
Guru: Abdul Rani Abdul Rahman
Episod ini berkonsepkan pembelajaran interaktif dengan murid berdasarkan bahan sumber yang disediakan oleh guru yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK.. PdP kali ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada murid tentang ayat penyata dalam pelbagai cara. Pembelajaran ini melibatkan aktiviti secara individu dan aktiviti berpasangan.Murid akan berinteraksi dengan bahan dan pasangan untuk menggunakan ayat penyata. Dalam proses PdP, murid akan menyebut ayat penyata yang diperdengarkan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan. Murid juga akan membina ayat penyata berdasarkan frasa dan bahan rangsangan yang diberikan. PdP dalam episode ini memfokuskan aspek tatabahasa berdasarkan S.P 5.3.1- Memahami dan mengenal pasti jenis ayat mengikut konteks

#DidikTV #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) | Bahasa Melayu (Tahun 2): Saya Anak Terpuji

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: