Resepi Mee Rebus | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Mee Rebus di: http://www.icookasia.com/mee-rebus-2/

Bahan yang diperlukan:
1 paket mee kuning

Bahan untuk membuat kuahnya:
2 biji tomato
10 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci Lengkuas
1 cawan santan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air

Bahan untuk hiasan
1 biji telur ayam
daun bawang dihiris
daun sup dihiris
sedikit bawang goreng
sedikit Taugeh
cili hijau dihiris
2 biji limau kasturi dibelah dua


Cara-cara

1. Mula-mula masukkan tomato, cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas bersama sedikit air ke dalam blender, kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam mangkuk.

2. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.

3. Masukkan santan dan kacau sebati. Selepas itu masukkan air, garam serta gula. Setelah mendidih masukkan telur dan didihkan lagi sehingga telur masak.

4. .Sementara itu, celur mee kuning dengan menggunakan air panas sehingga lembut. Angkat dan toskan airnya.

5. Hidangkan mee bersama kuah, limau, cili, daun bawang, daun sup dan taugeh. Mee rebus sedia untuk dimakan.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Mee Rebus | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: