EKONOMI BAB 5.1.2 PERANAN KERAJAAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF MAKROEKONOMI NEGARA (TINGKATAN 5)
- Cikgu Kharun Niza
- 00:15:32
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Peranan kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi
1. Guna tenaga penuh
Guna tenaga penuh bermaksud jumlah penduduk dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun yang sanggup bekerja dan telah mendapat pekerjaan. Guna tenaga penuh akan tercapai Iapabila kadar pengangguran dalamnegara berada di bawah paras 4%.
2. Kestabilan harga
Kestabilan tingkat harga umum diperlukan untuk menjamin pendapatan benar supaya tidak mengalami kejatuhan dan menjejaskan taraf hidup masyarakat, khususnya golongan yang berpendapat rendah dan sederhana .
3. Pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan jumlah keluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya
4. Kestabilan imbangan bayaran.
Imbangan pembayaran merupakan penyata yang merekodkan urus niaga perdagangan antarabangsa antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.
Thumbnail: EKONOMI BAB 5.1.2 PERANAN KERAJAAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF MAKROEKONOMI NEGARA (TINGKATAN 5)