JAWI TAHUN 6 | INDAHNYA KESENIAN ISLAM | gurupendidikanislamsk kitabantukita

Video ini adalah berkaitan Matapelajaran JAWI Pelajaran ke 5
Tajuk ; INDAHNYA KESENIAN ISLAM
Unit ; 2

Memperkenalkan keindahan kesenian warisan Islam kepada semua.. khususnya murid-murid Tahun 6.

Dalam Tajuk Meneroka Seni bina Masjid, kita dapat mengetahui;

1. Menara ; yang dibina sebagai mercu tanda sesebuah masjid dengan pelbagai bentuk rekaan mengikut situasi budaya sesebuah masyarakat.
-Menara berfungsi untuk memastikan laungan azan dapat didengar dari jarak yang jauh , selain mudah untuk mendapatkan lokasi sesebuah masjid.

2. Kubah ; merupakan atap atau bumbung yang melengkung dan menyerupai separuh bulatan.
-Berfungsi memberikan kesan pantulan suara atau gema di dalamnya.
-Pelbagai reka bentuk kubah ; antaranya, separuh sfera , piring , bintang dan bulat seperti bawang serta tirus di atas, yang dapat kita lihat di Malaysia.
-Bahan-bahan binaan diperbuat daripada batu bata , kongkrit , aloi , aluminium atau keluli dan disaluti dengan aluminium , tembaga atau polikarbonat.

3. Mehrab ; merupakan satu bahagian masjid yang menganjur ke arah kiblat.
-Dibina dalam pelbagai saiz dan dihiasi dekorasi yang menarik.

4. Dekorasi ; pelbagai elemen yang digunakan untuk menghiasi seni bina masjid. Antaranya;
@Seni Tulisan : pelbagai kaedah tulisan Khat
@Bentuk Geometri seperti Pentagon dan Heksagon
@Corak Motif Tumbuh-tumbuhan seperti corak bunga-bungaan.
Contoh : Corak Tikam Seladang atau Bunga Mas , Tanjung dan Melur.
@Hiasan Arabis : digunakan untuk menghiasi bahagian tertentu , seperti sudut lengkungan dan bahagian atas tiang dengan menggunakan pelbagai motif.
@Terdapat juga corak lain yang menghiasi seni bina masjid kesan pengaruh budaya sesuatu bangsa. Contoh kebanyakan masjid yang terdapat di negeri Melaka yang menggunakan ukiran dan hiasan pelbagai budaya.

Dalam Tajuk Seni Tarannum Al Quran pula, kita dapat mengetahui ;

1. Tarannum merupakan suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses , nada , rentak dan irama tertentu.

2. Jenis-jenis Tarannum , antaranya :
@ Tarannum Bayyati - yang bererti rumah atau kediaman
@ Tarannum Soba - bererti Rindu.
@ Tarannum Hijaz - diambil sempena nama tempat di Arab Saudi.
@ Tarannum Nahawand
@ Tarannum Rast
@ Tarannum Sikah
@ Tarannum Jiharkah - diambil sempena nama sebuah tempat di Iran.
-Setiap Jenis Tarannum ini mempunyai sifat dan peranannya yang tersendiri.

Disertakan juga contoh-contoh tarannum daripada bacaan Al Fadhil Ustaz Fahmi Asraf https://www.youtube.com/channel/UCFdUTG3wKH7a3cW9Yz8NTvQ

Semoga video ini dapat memberi manfaat buat semua.

Video thumbnail

Thumbnail: JAWI TAHUN 6 | INDAHNYA KESENIAN ISLAM | gurupendidikanislamsk kitabantukita

  • Pendidikan Islam
rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: