Kuih Bakar | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:03
Dapatkan resepi penuh Kuih Bakar di: http://www.icookasia.com/kuih-bakar/
Bahan-bahan yang diperlukan
1cawan tepung gandum
1cwn gula pasir
3biji telur gred A
Garam secukup rasa
Bijan secukupnya
3helai daun pandan
1cwn santan
Pewarna hijau
Sedikit minyak untuk mengelakkan kuih melekat
Cara-cara
1. Mula-mula kisar daun pandan bersama secawan air. Kemudian tapiskan airnya
2. Selepas itu, masukkan tepung gandum bersama gula pasir, sedikit garam, telur, santan, air pandan dan pewarna hijau ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga adunan kembang.
3. Setelah adunan kembang, tapiskan supaya adunan sebati dan tidak berketul.
4. Masukkan sedikit minyak pada acuan kuih bakar dan taburkan sedikit bijan. Masukkan kedalam oven untuk memanaskan minyak pada suhu 160 Celsius selama 20minit.
5. Setelah acuan panas, tuangkan adunan kuih dengan berhati-hati. Bakar kuih pada suhu 160 Celsius selama 1jam atau sehingga masak.
6. Kuih yang sudah dibakar disejukkan seketika sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Kuih Bakar | Try Masak | iCookAsia