Kenali unsur seni BENTUK | element of art

#cikguarsenal #cikgootube #unsurseni #bentuk

Bentuk merupakan unsur seni yang terkandung dalam Bahasa Seni Visual. Dalam mempelajari seni binaan, BENTUK memainkan peranan yang sangat penting.
Setelah kita belajar tentang garisan & rupa, mari kita kenali unsur seni bentuk pula.

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai struktur bentuk dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.

CIRI-CIRI BENTUK
1. Bersifat tiga dimnsi (3D). Mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.
2. Berstruktur. Mempunyai rangka yang membolehkan membentuk isipadu dengan tepat dan sempurna.
3. Boleh dilihat dari semua arah. Mempunyai lebih dari satu permukaan.
4. Terdapat bayangan. Mempunyai kesan dan bayang.

JENIS-JENIS BENTUK
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (bener-benar wujud di hadapan mata).
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta, dan sebagainya.

B. Bentuk Ilusi
1. Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain.
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi).
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

Video thumbnail

Thumbnail: Kenali unsur seni BENTUK | element of art

Cg Syukri Hassan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: