Resepi Ikan Masam Manis | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:01:48
Dapatkan resipi penuh Ikan Masam Manis disini: http://www.icookasia.com/ikan-masam-manis/
Bahan-bahan
1 ekor ikan
2 ulas bawang putih
setengah labu bawang besar
1 biji cili hijau dan cili merah
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. kelar ikan supaya mudah masak rata apabila digoreng. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Selepas itu, perap seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing.
3. Sementara itu, ketuk dan cincang halus bawang putih, potong bulat bawang besar dan hiris nipis cili merah dan cili hijau.
4. Jangan lupa untuk membalik-balikkan ikan. Setelah ikan garing, asingkan dan toskan minyaknya.
5. Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
6. Setelah itu, masukkan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula cili. Kacau hingga layu.
7. Kemudian, masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau hingga pecah minyak dan akhir sekali masukkan ikan. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.
Kunjungi website kami di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Thumbnail: Resepi Ikan Masam Manis | Try Masak | iCookAsia