Sata | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Sata di: http://www.icookasia.com/sata/

Bahan-bahan yang diperlukan utk pes sata ialah

650 gm campuran isi ikan segar (mambu, tenggiri atau kembong)
250 gm isi kelapa diparut halus
150 gm halia (dicincang halus)
10 biji bawang merah kecil ( dihiris nipis )
4 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
2 keping daun kunyit ( dihiris nipis )
4 biji cili merah
Garam dan gula secukup rasa
Sebiji telur ayam
¼ cawan ais

Bahan-bahan utk membungkus sata pula adalah

3 pelepah daun pisang dipotong segi empat tepat – 23 x 15 cm (dilayur di atas api sebentar agar mudah untuk membalut)
3 biji cili merah – dihiris nipis ( utk hiasan)
1 cawan santan pekat
10-15 lidi kecil
7-8 batang lidi sate

Cara membuat

1. Mula-mula bakar arang di dalam tempat membakar.

2. Gunakan mesin pengisar prosessor utk mengisar semua bahan untuk pes sata hingga semuanya separuh sebati. Tambahkan sedikit santan sekiranya bahan terlalu pekat dan sukar untuk dikisar. Setelah itu , letakkan didalam mangkuk.

3. Seterusnya gulungkan daun pisang yang telah dipotong tadi seperti kon, sapukan sedikit santan supaya lebih lemak dan bau yang sedap, letakkan dua atau tiga hiris cili merah, masukkan 1 ½ sudu besar pes ikan tadi dan lipat bahagian bawah kon daun pisang tadi.

4. Ulangi proses yang sama utk sata yang seterusnya.

5. Setelah selesai, ambil lidi sate, dan cucukkan sata tersebut, melalui bahagian bawah lipatan sata tadi.

6. Sata kini sedia utk dibakar. Bakar diatas bara sederhana selama 8-10 minit, dimana setiap dua minit, hendaklah dibalik-balikkan seperti membakar sate.

7. Setelah selesai membakar, sata sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Sata | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: