BAB 8 UNSUR DAN BAHAN SAINS TINGKATAN 4 (SIRI 1)

Semua jirim terdiri daripada bahan yang disebut unsur. Unsur ialah bahan kimia yang terdiri daripada atom tertentu yang tidak boleh dipecahkan atau diubah. Unsur juga ialah sebarang bahan yang tidak boleh diuraikan kepada bahan ringkas oleh proses kimia biasa. Bahan atom ialah bahan yang terdiri daripada zarah atom sahaja. Semua logam ialah bahan atom. Sebagai
contohnya, besi, plumbum dan natrium. Bahan molekul ialah bahan yang terdiri daripada
zarah molekul sahaja iaitu gabungan dua atau lebih atom secara kimia sama ada atom yang sama atau berbeza. Nitrogen dan iodin ialah contoh-contoh bahan molekul. Bahan ion terbentuk apabila unsur-unsur logam berpadu dengan unsur-unsur bukan logam melalui ikatan kimia untuk membentuk sebatian. Natrium klorida dan plumbum(II) bromida merupakan contoh contoh sebatian ion. Bahan ion mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus. Bahan atom dan bahan ion mempunyai takat lebur yang tinggi kerana zarah-zarahnya ditarik bersama oleh daya tarikan yang kuat.Bahan molekul mempunyai takat lebur yang rendah
kerana zarah-zarahnya ditarik bersama oleh daya tarikan yang lemah. Unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala Unsur Moden.Ion positif dan ion negatif mencapai susunan elektron yang stabil.Kumpulan 1 mengandungi unsur-unsur yang paling reaktif manakala Kumpulan 18 mengandungi unsurunsur yang paling kurang reaktif.Unsur-unsur dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat kimia yang sama
#PDPR #UNSURDANBAHAN #AYU

Video thumbnail

Thumbnail: BAB 8 UNSUR DAN BAHAN SAINS TINGKATAN 4 (SIRI 1)

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: