Chicken Cheese Shawarma Wrap l Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

Chicken Cheese Shawarma Wrap

Bahan-bahan:
Roti pita
1 cawan ayam cincang
2 sudu minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar
1 biji bawang Holland
1/2 cawan shredded cheddar cheese
Sedikit cream cheese
5 biji bawang putih | dicincang halus
1 biji tomato | dihiris memanjang
Daun Rosemary | dicincang halus
Daun Thyme | dicincang halus
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar double cream
Sedikit lada putih
Garam

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih dan bawang Holland. Biarkan seketika.
2. Bila bawang sudah kekuningan, masukkan ayam cincang. Tunggu sehingga ayam masak.
3. Kemudian, tambahkan garam, lada putih dan daun rosemary serta daun thyme. Siap.
4. Untuk roti pita pula, sapukan cream cheese dan yogurt. Letakkan juga shredded cheddar cheese, sedikit garam dan daging ayam yang sudah dimasak sebentar tadi.
5. Lipat roti tersebut dan bakar seketika di atas kuali. Siap!

Video thumbnail

Thumbnail: Chicken Cheese Shawarma Wrap l Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

Majalah Rasa

Senarai Video

Kongsi video ini ke: