AL QURAN TAHUN 6 | SURAH AN NAJM AYAT 1-62 | ​ ​ #gurupendislamsk

AL QURAN TAHUN 6 | SURAH AN NAJM AYAT 1-62 | #akademiyoutuber​ #kitabantukita​ #gurupendislamsk

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
BIDANG : KHATAM AL-QURAN
TAJUK : BACAAN SURAH AN-NAJM AYAT 1-62

Pengenalan

Surah Najm ini adalah surah tentang Mi’raj Nabi dari MasjidilAqsa ke langit. Tentang Isra’ (perjalanan dari Mekah ke MasjidilAqsa) telah diberitahu dalam Surah Isra’. Maka Surah Najm ini tentang kenaikan Nabi ke langit pula.

Ianya adalah Surah Makkiah. Ianya adalah surah pertama yang Nabi bacakan secara keseluruhan kepada penduduk Mekah (kerana surah-surah yang lain datang sikit demi sedikit). Dalam surah inilah, ayat tentang sujud telah dibacakan dan baginda terus sujud. Waktu itu baginda membacakan ayat ini di khalayak ramai, iaitu kepada sahabat-sahabat baginda dan juga kepada kaum Musyrikin Mekah.

Yang menariknya, apabila baginda sujud, sahabat kesemuanya telah sujud bersama baginda. Dan yang lebih hebatnya, puak-puak musyrikin yang tidak mahu beriman itu pun terpesona sangat dengan Surah an-Najm yang baginda bacakan dan perbuatan sujud baginda, maka mereka pun ramai-ramai sujud bersama Nabi!

Ini memang menakjubkan. Bayangkan mereka semua sekali yang berada di situ telah sujud, kecuali seorang sahaja yang degil. Begitu pun, dia telah mengambil sedikit tanah dan meletakkan tanah itu ke dahinya. Dia tahan dirinya dari sujud penuh, tapi dia telah terpanggil untuk meletakkan tanah ke dahinya. Kejadian ini boleh dibaca dalam Seerah.

Surah ini juga memberitahu tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad. Jadi Dakwa Surah ini adalah tentang Risalah (tentang kenabian baginda).

Dan ianya mengandungi teguran kepada amalan-amalan syirik Musyrikin Mekah. Mereka menyembah sembahan-sembahan lain selain Allah. Ini ada fahaman bathil yang tiada asas. Mereka sembah dan seru roh wali-wali dengan menamakan mereka Latta, Uzza, Manat dan lain-lain untuk tujuan supaya mereka yang disembah itu bawa doa mereka kepada Allah. Allah jelaskan bahawa fahaman itu adalah bathil tidak berasas.

Musyrikin Mekah itu kenal Allah dan terima Allah sebagai Tuhan. Mereka terima Allah sebagai pencipta alam dan menguruskan perkara yang besar-besar. Tapi dalam masa yang sama, mereka ada fahaman syirik yang hendak diperbetulkan dalam surah ini.

Video thumbnail

Thumbnail: AL QURAN TAHUN 6 | SURAH AN NAJM AYAT 1-62 | ​ ​ #gurupendislamsk

rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: