Prasekolah (2022) | Sains Awal (Prasekolah): Tekstur Dan Berat Objek [R]

Tajuk: Sains Awal (Prasekolah): Tekstur Dan Berat Objek [R]
Guru: Kenanga Binti Abdul Rahim
Episod ini akan memberi penerangan tentang tekstur permukaan sesuatu objek iaitu tekstur kasar, tekstur licin. Episod ini juga akan memberi penerangan tentang berat sesuatu objek. Manakala hos pula diberi peluang berperanan sebagai murid untuk menjalankan aktiviti merasa tekstur permukaan objek yang disediakan dan mengelaskan objek tersebut mengikut teksturnya. Kemudian menggantungkan kad gambar pada carta tekstur yang disediakan. Hos juga akan diberikan peluang untuk cuba mengangkat objek berat yang ada di persekitaran studio seperti meja, beg berat dan seumpamanya. Hos juga diberikan peluang melihat gambar objek yang diberikan dan menggantungkan gambar objek berat pada carta yang disediakan berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan sendiri. Pada akhir pengajaran, guru akan membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

#DidikTV #PraSekolah

Video thumbnail

Thumbnail: Prasekolah (2022) | Sains Awal (Prasekolah): Tekstur Dan Berat Objek [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: