Sains Tahun 6 : Hidup Sihat Hidup Sejahtera

Link Soalan Uji Minda : https://forms.gle/H55cCPpEatJeXcSX7

Amalan harian yang sihat dapat mencegah penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh penyebaran mikroorganisma. Oleh itu, kita harus
mengetahui langkah-langkah untuk mencegah penyakit berjangkit.

Peluh pada badan sebenarnya
tidak berbau. Bakteria pada badan
yang bercampur dengan peluh
menyebabkan badan berbau.

mempraktikkan amalan
harian yang sihat untuk
kesihatan dirinya supaya
dapat mencegah penyakit
berjangkit.

Menjaga kebersihan bilik tidur seperti
membuang sisa makanan, kotoran dan
sampah dapat mengelakkan bau busuk.
Serangga seperti lipas dan semut tidak
akan memasuki bilik kita.

Kuman mudah merebak
di tempat-tempat kotor. Kita
mestilah mencuci tangan supaya
bersih dan boleh mengelakkan
diri daripada penyakit berjangkit.

Elakkan makan makanan yang
terdedah dan dihinggapi lalat. Lalat
adalah pembawa penyakit berjangkit
kerana lalat sering hinggap pada
sampah dan kotoran.

kita mesti menutup
makanan. Jangan biarkan
makanan terdedah.

Mandi menggunakan sabun
atau sabun antiseptik dapat
membersihkan badan dan
menghilangkan kuman yang
terdapat pada badan yang
berpeluh. Kuman ini boleh
menyebabkan gatal-gatal
dan penyakit kulit.

Kita perlu memakai penutup
hidung dan mulut semasa
wabak penyakit yang merebak
melalui udara.

Cuba elakkan berada
dekat dengan rakan yang
dijangkiti penyakit berjangkit,
contohnya konjuntivitis.

Tangan juga boleh dibersihkan
menggunakan cecair pembasmi
kuman yang selalunya
diletakkan di hospital dan klinik.

Semua amalan tersebut
mestilah dilakukan
dalam kehidupan
kita. Amalan harian
yang sihat ini dapat
menjamin kesihatan
diri dan mencegah
kita daripada dijangkiti
penyakit berjangkit.

Langkah-langkah pencegahan
penyakit berjangkit

Mencuci tangan sebelum makan
• Tidak berkongsi peralatan peribadi
dengan orang lain
• Kuarantin pesakit yang menghidap
penyakit berjangkit
• Penyediaan makanan yang bersih
• Memasak air minuman

#sains #sainstahun6 #akhyararzmi #upsr #hidupsihathidupsejahtera

Video thumbnail

Thumbnail: Sains Tahun 6 : Hidup Sihat Hidup Sejahtera

Akhyar Arzmi

Senarai Video

Kongsi video ini ke: