Resipi Donat Indomie
- Seismik Makan
- 00:01:24
Teringin nak tahu macam mana rasa dia Donat Indomie? Jom buat sendiri di rumah!
--
Bahan-bahan:
- 1 paket Indomie
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- 1 cawan serbuk roti
- 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Rebus Indomie hingga masak.
2. Gaul dengan perencah Indomie dan telur.
3. Masukkan maggi Indomie ke dalam acuan bentuk donat.
4. Kukus selama 15 minit dan sejukkan.
5. Ke dalam mangkuk lain, bancuh tepung dengan air dan garam hingga sebati.
6. Salutkan donat Indomie dengan bancuhan tepung, kemudian salutkan dengan serbuk roti.
7. Goreng hingga keemasan.
RESIPI PENUH:
Jangan lupa subscribe untuk lebih banyak video menarik seperti ini!
--
Muzik: Scott Joplin - The Entertainer
Kru: Ihsan Ihsani, Sarah Mokhtar
Thumbnail: Resipi Donat Indomie