Kenali 20 Garisan & Fungsinya | "The Power of Line"

#cikgubanner #cikgootube #unsurseni

Garisan mempunyai pelbagai jenis & setiap satunya mempunyai fungsi & nilai tersendiri. Mari belajar melakar garisan untuk mencipta karya sendiri.

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tahun 5 dan 6 serta tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

Video thumbnail

Thumbnail: Kenali 20 Garisan & Fungsinya | "The Power of Line"

Cg Syukri Hassan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: