Resepi Kuih Lidah Buaya | Kuih Tradisional | Try Masak | iCookAsia | Kuih Raya
- iCookAsia
- 00:03:27
Dapatkan resepi penuh Lidah Buaya di: http://www.icookasia.com/lidah-buaya/
Bahan-bahan
500g tepung gandum
4 sudu marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil garam
150gram gula aising
1 cawan air
1 mangkuk minyak
3 sudu besar tepung ubi
Cara membuat
1. Mula-mula campurkan tepung gandum bersama marjerin, kemudian gaul rata sehingga menjadi serbuk roti
2. Masukkan telur dan uli sehingga sebati sambil masukkan air sedikit demi sedikit
3. Masukkan sedikit garam dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Kemudian canai nipis dan sapukan dengan sedikit minyak.
4. Tabur sedikit tepung ubi dan gulungkannya
5. Selepas itu, potong lebih kurang 2 inci. Ambil 1 doh, canai nipis sekali lagi, kemudian letakkan sedikit minyak dan telung ubi, lipat dua dan canai nipis sekali lagi.
6. Gulungkan dan potong lebih kurang ½ inci. Rehatkan lebih kurang 10 minit
7. Selepas itu, canai nipis dan goreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyaknya
8. Sira dengan gula aising dan kuih lidah buaya sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Kuih Lidah Buaya | Kuih Tradisional | Try Masak | iCookAsia | Kuih Raya