Resepi Wantan Cendawan Enoki | Enoki Mushroom Wonton | SAYS Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:08
Ingin mencuba snek petang yang lain daripada lain dan unik? Resepi Enoki Wantan Goreng ini memang sesuai untuk anda! Mudah saja nak sediakan, anda hanya memerlukan 3 bahan yang tidak mencecah RM10 pun.
_______
Bahan-bahan
- 1/2 pek kulit wantan
- 2 pek cendawan enoki
- 1 cawan tepung serbaguna pedas (Tepung Bistari)
Cara
1. Potong akar cendawan, leraikan dan basuh. Kemudian, toskan sehingga kering.
2. Balutkan segenggam cendawan dengan kulit wantan. Lekatkan wantan dengan menggunakan air sahaja.
3. Salutkan cendawan dengan campuran tepung.
4. Gorengkan wantan cendawan enoki sehingga perang keemasan.
5. Wantan Cendawan Enoki sudahpun siap untuk dinikmati!
_____________
Kredit
Muzik:
Artlist.io
Kru:
Producer - Aisya Khairain
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Wantan Cendawan Enoki | Enoki Mushroom Wonton | SAYS Seismik Makan