BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS (KLINIK SAINS TINGKATAN 3) SIRI 3

Manusia menggunakan organ deria untuk mengesan perubahan di sekelilingnya. Manusia mempunyai lima deria, iaitu deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Rangsangan adalah perubahan yang dapat dikesan oleh deria kita. Gerak balas adalah cara kita bertindak ke atas rangsangan yang diterima. Sistem saraf manusia terbahagi kepada sistem saraf pusat (pusat kawalan) iaitu otak mengawal semua aktiviti badan seperti berjalan
dan saraf tunjang mengawal tindakan luar kawal seperti sentakan lutut serta sistem saraf periferi menghantar impuls dari organ deria melalui sistem saraf pusat ke otot atau kelenjar.Tindakan terkawal ialah tindakan yang kita sedari dan tindakan luar kawal ialah tindakan yang dilakukan secara automatik.
#BAB1 #RANGSANGANDANGERAKBALAS #PDPR #SAINSTINGKATAN3 #ULANGKAJI #tipsdanperbincangansoalanPT3 #ulangkajisemulayangterlepas

Video thumbnail

Thumbnail: BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS (KLINIK SAINS TINGKATAN 3) SIRI 3

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: