Nasi Goreng Kampung | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Kampung di: http://www.icookasia.com/nasi-goreng-kampung-2/

Bahan bahan

2 cawan nasi sejuk
2 biji telur ayam
6 ekor udang
5 biji cili padi
1 inci belacan
4 tangkai sawi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
½ cawan ikan bilis - ditumbuk
3 sudu besar minyak
sedikit kicap cair
sedikit lada sulah
¼ cawan ikan bilis yang telah digoreng garing

Cara membuat

1. Mula-mula masukkan cili padi, ikan bilis dan belacan ke dalam lesung batu. Tumbuk kasar dan ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, tumbuk kasar bawang besar dan bawang putih secara berasingan.

3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan udang dan bawang yang telah ditumbuk, goreng sehingga naik bau.

4. Setelah itu, masukkan campuran cili tumbuk bersama ikan bilis dan belacan. Kacau rata dan masukkan sawi, lada sulah, kicap cair serta sos tiram. Setelah dikacau rata, ketepikan semua bahan ke bahagian tepi kuali.

5. Masukkan telur dan nasi. Gaul rata dan taburkan ikan bilis yang telah digoreng garing.

6. Nasi goreng kampung sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Nasi Goreng Kampung | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: