SAINS TAHUN 6 : AMALAN HARIAN YANG SIHAT

Link Soalan Uji Minda : https://forms.gle/VvHVtJ71ZKxMa9Je8

SAINS TAHUN 6 : AMALAN HARIAN YANG SIHAT
buku teks muka surat : 40-42

Menjaga kebersihan bilik tidur seperti
membuang sisa makanan, kotoran dan
sampah dapat mengelakkan bau busuk.
Serangga seperti lipas dan semut tidak
akan memasuki bilik kita.

3.3 Hidup Sihat
Berdasarkan
Pengetahuan
Tentang
Mikroorganisma

3.3.1 Menjana idea tentang langkah-langkah
mencegah penyakit berjangkit.
3.3.2 Mempraktikkan amalan harian yang sihat untuk kesihatan diri dan mencegah penyakit berjangkit.

Apakah amalan harian yang lain boleh diamalkan untuk
menjamin kesihatan diri dan mencegah jangkitan penyakit?

Kuman mudah merebak
di tempat-tempat kotor. Kita
mestilah mencuci tangan supaya
bersih dan boleh mengelakkan
diri daripada penyakit berjangkit.

Elakkan makan makanan yang
terdedah dan dihinggapi lalat. Lalat
adalah pembawa penyakit berjangkit
kerana lalat sering hinggap pada
sampah dan kotoran.

Oleh itu, kita mesti menutup
makanan. Jangan biarkan
makanan terdedah.

Mandi menggunakan sabun
atau sabun antiseptik dapat
membersihkan badan dan
menghilangkan kuman yang
terdapat pada badan yang
berpeluh. Kuman ini boleh
menyebabkan gatal-gatal
dan penyakit kulit.

Kita perlu memakai penutup
hidung dan mulut semasa
wabak penyakit yang merebak
melalui udara.

Cuba elakkan berada
dekat dengan rakan yang
dijangkiti penyakit berjangkit,
contohnya konjuntivitis

Tangan juga boleh dibersihkan
menggunakan cecair pembasmi
kuman yang selalunya
diletakkan di hospital dan klinik.

Semua amalan tersebut
mestilah dilakukan
dalam kehidupan
kita. Amalan harian
yang sihat ini dapat
menjamin kesihatan
diri dan mencegah
kita daripada dijangkiti
penyakit berjangkit.

#sains #sainstahun6 #AkhyarArzmi #sainstahun5 #sainstahun5 #mikroorganisma #bukutekssains
#upsr #tahun6 #sainsupsr

Video thumbnail

Thumbnail: SAINS TAHUN 6 : AMALAN HARIAN YANG SIHAT

Akhyar Arzmi

Senarai Video

Kongsi video ini ke: