Resepi Ayam Goreng Kunyit | Turmeric Fried Chicken Recipe | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:34
Hasilkan Ayam Goreng Kunyit paling rangup, super simple dan sedap ini menggunakan 10 bahan saja. Resepi ini akan menghasilkan anda ayam goreng yang cukup berperisa dengan perapan bahan-bahan wangi seperti bawang merah, kunyit hidup, bawang putih dan halia.
Penggunaan tepung jagung pun memastikan anda akan mendapat kulit ayam yang betul-betul rangup!
-----
Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta
-----
RESEPI PENUH
Bahan-bahan
6 ketul ayam
2 biji bawang merah
6 batang cili kering
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil udang kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara:
1. Kisarkan bawang merah, cili kering, udang kering, halia, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.
2. Dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama bahan kisaran, serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Perapkan seketika.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak telah panas, masukkan ayam dengan bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keperangan dan terbalikkan.
4. Ayam Goreng Kunyit sudah pun siap. Nak makan ratah saja-saja pun memang sedap!
-----
Muzik:
marmosetmusic.com
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Ayam Goreng Kunyit | Turmeric Fried Chicken Recipe | Seismik Makan