Menengah Atas (2022) | Matematik (Tingkatan 4): Persamaan Kuadratik

Tajuk : Matematik (Tingkatan 4): Persamaan Kuadratik
Guru : Sanqeetha Kunasaikaran
Episod ini akan mendedahkan murid mengenai punca persamaan kudratik. Pada segmen satu, murid akan membuat aktiviti mendapatkan persamaan kudratik daripada algebra yang diberikan (revisi tingkatan 2, kembangan algebra). Pada segmen dua, murid akan didedahkan dengan maksud punca persamaan kudratik. Murid juga akan menjawab beberapa soalan ulangkaji mengenai punca persaman kudratik dengan menggunakan kaedah pemfaktoran. Pada segmen ketiga, murid akan didedahkan terlebih dahulu dengan kaedah graf dan kalkulator untuk mencari jawapan bagi persamaan kudratik yang diberikan. Penggunaan perisian GeoGebra akan digunakan untuk mendapatkan nilai bagi punca persamaan kuadratik. Murid juga akan diberikan soalan dan mereka dikehendaki untuk mencari jawapan dengan menggunakan kalkulator serta menunjukkan jalan kerja yang lengkap. Pada segmen terakhir, murid akan menjawb soalan lanjutan punca persamaann kuadratik. Murid juga merumuskan pembelajaran dengan guru pada akhir episod ini.

#DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) | Matematik (Tingkatan 4): Persamaan Kuadratik

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: