SIFAT MAZMUMAH MERACUNI HATI | Pendidikan Islam Tingkatan 5 KSSM - Bidang Akhlak Islamiah

Melalui video ini sedikit penerangan mengenai sifat mazmumah berserta contoh-contohnya. Selain itu juga turut dijelaskan mengenai dalil- dalil berkaitan dengan sifat- sifat mazmumah ini.
Imam al Ghazali Rahimullah ada menyenaraikan 10 sifat mazmumah yang perlu kita hindari:
a) banyak makan dan minum
b) banyak berkata yang sia-sia
c) pemarah
d) hasad dengki
e) kasih kepada harta ( bakhil/kedekut )
f) mencintai harta dan pangkat
g) hati yang terpaut kepada dunia
h) bersikap sombong/takabbur
Antara contoh sifat-sifat mazmumah:
a) Riak
b) Ujub
c) Hasad

RIAK
Maksud riak:
Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain.
3.2 Contoh sifat riak:
- melaksanakan solat sunat jika hanya berada di hadapan orang
- bersedekah kerana mengharapkan pujian orang ramai.

. UJUB
. Maksud ujub:
Merasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Contoh sifat ujub:
-merasa bangga dengan kehebatan ilmu yang dilmiliki
- merasakan diri lebih soleh berbanding orang lain.
HASAD
Maksud hasad:
Perasan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya kelebihan itu hilang daripadanya.
Contoh sifat hasad:
- merasa dengki dengan rakan yang memiliki kekayaan harta atau pangkat dan berharap agar dia jatuh miskin.
- berasa cemburu dengan seseorang yang memiliki rupa paras yang cantik dan berharap agar dia menjadi cacat.

Video thumbnail

Thumbnail: SIFAT MAZMUMAH MERACUNI HATI | Pendidikan Islam Tingkatan 5 KSSM - Bidang Akhlak Islamiah

Ustazah Salina

Senarai Video

Kongsi video ini ke: