Bubur Kacang Hijau | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:10
Dapatkan resepi penuh Bubur Kacang Hijau di: http://www.icookasia.com/bubur-kacang-hijau-2/
Bahan-bahan
2 cawan kacang hijau
1 keping gula melaka
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
1 cawan air
1 cawan santan
50gm sagu mata ikan
Garam
Untuk Bahan tumis
1/2 bawang besar-hiris
1 sudu kecil halba campur (halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih)
2 tangkai daun kari
1 serai-diketuk
1/2 batang bunga kantan
Air asam jawa
1 biji tomato- belah 2
5 batang kacang bendi (boleh digantikan dgn terung)
Garam dan gula jika suka
Serbuk perasa Secukup Rasa
100ml air
100ml minyak
Cara membuat
1. Mula-mula didihkan air bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan dalam periuk menggunakan api perlahan sehingga gula larut.
2. Sementara itu, rebus kacang hijau bersama halia dan sagu mata ikan di dalam periuk yang lain sehingga kembang dan empuk.
3. Setelah gula larut, tapiskan dan masukkan ke dalam rebusan kacang hijau. Kacau rata lebih kurang 10 minit dengan api perlahan
4. Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati lebih kurang 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak.
5. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan bubur kacang hijau sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Tips: jangan guna air rebusan kacang hijau tadi sebagai kuah kerana akan menyebabkan bubur kacang terasa kelat dan pahit.
Tips: goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Bubur Kacang Hijau | Try Masak | iCookAsia