Resepi Mexicana Wrap Homemade | Homemade Mexicana Wrap Recipe | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:48
Ini cara ringkas dan murah korang boleh menghasilkan versi homemade tersendiri di rumah. Sedap dan sangat memuaskan! 😋 Khas untuk peminat Mexicana Wrap Texas Chicken. 🌯
Resepi Penuh Mexicana Wrap Homemade
Bahan-bahan yang diperlukan:
✅ 2 cawan tepung bestari (versi pedas)
✅ Air secukupnya
✅ 1 ketul dada ayam
✅ 1 keping tortilla
✅ 1 sudu besar mayonis
✅ Daun salad
✅ 1/4 biji bawang besar
✅ 1/4 biji tomato
✅ 1 genggam chachos
✅ 1 genggam keju cheddar
Cara:
1. Dalam satu mangkuk, campur 1 cawan tepung bestari dengan air. Gaul sehingga sebati.
2. Salutkan daging dada ayam dalam adunan. Perap seketika.
3. Dalam satu pinggan, tuangkan 1 cawan tepung bestari. Salutkan ayam yang telah diperap tadi dengan tepung bestari kering. Goreng sehingga keperangan. Ketepikan.
4. Sapu mayonis ke atas 1 keping tortilla. Letakkan 1 lapisan daun salad terdahulu, kemudian masukkan bawang besar, tomato, chachos, ayam dan juga keju cheddar.
5. Gulungkan dan goreng wrap di atas kuali panas sehingga rangup. Homemade Mexicana Wrap sudahpun siap untuk dinikmati. Enjoy!
------
Kredit
Muzik:
artlist.io
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Mexicana Wrap Homemade | Homemade Mexicana Wrap Recipe | Seismik Makan