Sains T1 | Bab 5 | 5.2 Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan Jirim
- Ong Hui Fern
- 00:07:49
Rakaman ini membincangkan Sains T1, Bab 5 : Jirim 5.2 : Kadar Resapan ddalam Tiga Keadaan Jirim engan menggunakan Bahasa Melayu (disertakan Bahasa Cina). Video ini membincangkan Proses Resapan dengan 3 situasi dan perbandingan kadar resapan dalam tiga keadaan jirim Daripada pengalaman mengajar, murid-murid sering mengabaikan hubungan penting antara pergerakan zarah, ruang antara zarah dengan konsep resapan, maka hubungan ini ditekankan dalam video ini untuk membantu para murid menguasainya.
Eksperimen / bahan radas yang ditunjukkan ialah simpanan dalam handphone saya sebab saya tidak rakam eksperimen semasa mengajar di dalam kelas. Jika terdapat bahagian yang kurang memuaskan, dialu-alukan untuk komen dan teguran bagi penambaikan dalam video yang akan datang.
Saya mempunyai ramai pelajar yang sangat lemah yang mencetuskan semangat saya untuk menghasilkan video sains yang diharap dapat membantu mereka dalam menghadapi PdPr ini.
Diharap dapat membantu guru dan murid untuk PdPr yang bermula selepas Hari Raya tahun 2021 ataupun untuk ulangkaji bagi murid-murid tingkatan 2 dan 3. Video Cikgu Ong ada tulisan Bahasa Cina untuk membantu murid-murid yang lemah Bahasa Melayu. Diharap penonton video dapat terima. Terima kasih.
Terima kasih berkunjung ke channel saya. Like, share dan subscribe sebagai sokongan kepada saya untuk terus berkongsi video PdPc. Jika ada salah dan silap, boleh tinggalkan komen atau hubungi saya melalui messenger di FB.
#sainsting1 #bab5 #jirim #resapan
Thumbnail: Sains T1 | Bab 5 | 5.2 Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan Jirim