Mee Goreng Mamak | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Mee Goreng Mamak di: http://www.icookasia.com/mee-goreng-mamak/

Bahan-bahan

500gm Mee Kuning -dicelur ke dalam air panas
1 cawan Cili boh yang digoreng bersama ½ cawan minyak hingga masak
1 biji kentang – direbus separuh masak dan digoreng dan dihiris setebal 1cm
2 biji tauhu – digoreng dan dipotong lapan setiap satu
2 ketul cucur udang – di potong kecil
2 biji tomato – dipotong empat setiap satu
1 cawan Kobis – dihirs nipis

8 ekor udang sederhana besar – dibuang kepala dan tinggalkan kulit pada bahagian ekornya sahaja.
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang halus
2 sudu besar minyak utk menggoreng

3 sudu besar Sos Tiram
3 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar sos Cili
2 sudu besar sos sotong
¼ cawan air
½ sudu besar kicap

2 biji Telur ayam
1 cawan taugeh
¼ cawan kacang tumbuk yang telah di sangan

Cili sebagai hiasan

Cara membuat

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak menggunakan api yang kuat dan tumis udang bersama bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh serta sos tiram, sos tomato, sos cili, sos sotong, air dan kicap. Tumis hingga pekat.

2. Setelah itu , masukkan tauhu, kentang,cucur udang, tomato dan kobis. Kacau rata dan masukkan mee kuning serta taugeh, kacau lagi. Akhir sekali , masukkan telur satu demi satu. Kacau hingga kering dan masukkan kacang sambil membalikkan mee.

3. Mee mamak kini sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Mee Goreng Mamak | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: