Resepi Roti Canai | Plain Paratha Recipe | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:55
Cara masak homemade roti canai paling senang menggunakan 6 bahan je. Sesiapa yang selalu nak cuba buat roti canai sendiri tu, boleh cuba resepi kami ni!
Nota: Roti Canai kami buat ni berlubang sikit, jangan kecam okay! Still kena practice. 😂
RESEPI PENUH 👇
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu pekat
- 3 sudu besar marjerin
- 310ml air
Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
2. Rehatkan doh selama 15 minit.
3. Potong doh kepada 6 bahagian yang sama saiz. Bulatkan doh dan sapukan doh dengan minyak. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama 24 jam.
4. Tebarkan doh sehingga menjadi nipis dan lipat sehingga menjadi roti canai.
5. Dalam kuali yang panas, masukkan minyak dan goreng roti canai sehingga gareng dan warna bertukar menjadi keperangan.
6. Roti canai sudah pun siap untuk dinikmati bersama dal dan kari!
_____
Kredit
Muzik:
artlist.io
Kru:
Producer - Ihsan Ihsan: https://www.instagram.com/ihsanlikestoeat/
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Roti Canai | Plain Paratha Recipe | Seismik Makan