TUTORIAL PENGISIAN SPdPR KPM
- Cikgu Dess2020
- 01:05:06
Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia. Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. Melalui SPKL, maklumat pelaksanaan PdPR akan dikumpulkan. Data-data ini akan diakses untuk tujuan pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
Bagi log masuk kali pertama, guru-guru perlu menukar kata laluan yang baharu. Kata laluan ini perlulah mengandungi kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan juga simbol untuk langkah keselamatan. Masa idle hanya 2 minit. Jika cikgu tidak aktif di laman tersebut melebihi 2 minit, sistem akan log keluar secara automatik. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan dalam talian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sistem Pelaporan PdPR Standard ini, sila rujuk Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing.
#SISTEMSPDRKPM #PPDKLANG #JPNSELANGOR #PENGISIANPELAPORANSPdPRKPM #spdpr #sistempdpr
Thumbnail: TUTORIAL PENGISIAN SPdPR KPM